Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 31, 2014

Felda Hot Spring Sungai Kelah, Sungkai, Perak & Info

Sabtu lepas balik Gunung Besout, cam biasa la kampung hubby aku tu. Pastu dalam kol 11 lebih cam tu tiba-tiba dia cakap, panas-panas ni best ni kalau dapat mandi kat air terjun Kuala Woh.. Tapi bahaya, kencing tikus pulak. Pastu aku tanya, tempat lain takde ke yang boleh gi. Dia sebut Hot Spring.

Peh, aku ape lagi, terus angguk tanpa geleng setuju.. Hahahaah.. selalunya aku ajak pegi sana, asyiknye dia cakap malas laa.. panas laa.. mahal laaa.. ramai orang laaa.. Tiba-tiba dia pulak yang offer ajak gi. Memang setuju sangat laaa..

Terus call Hot Spring tu tanya semua yang berkaitan:-

Harga tiket:

Dewasa : RM12.00
Kanak-kanak: RM10.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah free.
Warga emas: RM7.00

Kolam air panas: Dibuka sehingga jam 9.00 malam
Kolam air sejuk: Dibuka sehingga jam 7.00 malam

Gelang si paku gelang
Laju-laju gi cari adik-adik ipar dan mertua tanya nak ikot ke tak. Alang-alang kawan si Ina tu nak datang ke rumah, terus ajak dia tengok keindahan Hot Spring sekali la. Mak mertua dan adik ipo lelaki pula on je kalau si Ina ni join so set la semua nak gi lepas Zohor.

Mak siap tanya kot-kot nak bawak bekal nasi ke pergi sana. Ok set, hubby aku mintak nasi goreng kampung, so sinsing lengan la jap aku kat dapur bersilat masak nasi goreng kampung. Mak gorengkan ayam hihihih... Hubby aku tu pulak kaitkan kelapa muda, buat air kelapa muda campur lemon, peeeehhhh memang sodappp!!!

Bertolak dari rumah dalam 2.30 ke 2.45 ntah, aku pun tak ingat. Sampai kat hot spring tu dalam kol 3.15 gitu. Memang dekat aje Felda Hot Spring tu dengan rumah mertua aku. Kalau korang nak homestay pun ada rumah abang ipar aku tu ha.. betuol-betol tepi jalan Sungkai tu ha.. lagi dekat nak ke Hot Spring tu. Nak kasik tau naa.. aku adjust harga kat korang haahaha..

UPDATE!!!!
Ni link blog homestay abang ipar aku.. kot-kot korang nak tengok dulu.. http://rosleefarosleefa.blogspot.com/

Ok, pastu sampai tu kami dok angkut la bekalan makanan kami tu ke kaunter tiket. Cettt rupanya makanan luar dilarang masuk. Hahahahah... padan laa ada famili tu aku tengok dok tepi kete buka bekal makan depa.. Tap sebab dah alang-alang angkut sampai kaunter tiket, kitorang angkut bekalan makanan tu pi bawah pokok, berkelah jap kat bawah pokok tu.. Sangat keharmonian kelihatannya haahah..  Nasi goreng dan air kelapa menjadi tajuk pujian adik-adik ipar pada petang tersebut kikikiki.. Macehhhhh ahaks!!

Oleh kerana adik ipar aku adalah kakak angkat kepada salah seorang staff kat situ, maka kami telah mendapat harga staff yeayy!!!! Jimat wehhhh!!!! Alhamdulillah.... Dan sebab murah je, hubby belanja semua adik-adik dan mak iihhiii...

Jarak dari kaunter ke pintu masuk tak jauh mana, dalam 1km ek? Lebih kurang laaa.. ke 500m je, tapi kalau jalan kami agak penata la.. So jangan risau sebab ada disediakan ape ek nama mendalah ni??Tram ek?? Ke ape?


Naik tram, eh tram ek nama dia?

MIL aku tunjuk isyarat best tu, jangan tak pecaye..
 Owh, naik menda ni free je... ada sokmo, kena tunggu kejap je...

Abang Imiiiii bak kata Eqal
 
tasaba tasaba tasabaaaa!!!!
 Pintu masuk..
Here we go!!!!
 Kami sampai je terus ke kolam air sejuk. Almaklum, masuk situ pun dah dalam pukul 4 lebih, kolam tu tutup pukul 7. Eqal dengan Kimi dah macam ke apa nampak air... Eqal lagi la amukan terus dia kat situ bila aku dengan papa dia bawak dia gi tandas dulu, dah tiba-tiba membuang pulak dia.. Sebbaik membuang sebelum mandi, kalau tengah-tengah mandi??? Haaaaa... kikiki...

Kolam dia sangat besar, last aku pegi masa baru abis pantangkan Kimi kecik je kolam dia.. Sekarang, fuhhhh memang puas betol laaaa.. Paling dalam dia pun 4.5ft rasanya.. Kalau aku kira paras dagu laa.. Hihiihi.. ate rendah beno.. Kalau tinggi adik ipar lelaki aku tu dalam paras dada dia.

 Cantik kan view dia.. Nak main sliding tu... tapi sebab sorang jaga 1 anak kan, so tak dapekkkk huwaaaa.....

 Tapi tengah-tengah syok mandi tu tiba-tiba hujan la pulak. Ingatkan jap je hujan, sekali lebat, terus la naik... Eqal ape lagi, ngamuk la dia nak main air aku tak kasik.

Tunggu hujan reda sikit terus gerak ke kolam air panas pulak. Gambar kat situ takde la weh.. hujan kan, tak kohsen nak tangkap gambar bagai. Cian MIL pun sama naik basah uuhuhu... Tikar kami bawak ermnnn membaziorrrr je..

Ni dah siap tukar baju. Aku pakai tudung sama sebab lupa angkut tudung dalam kereta.. Sebbaik kain tudung ni jenis cepat kering, kalau tak.. haihhhh!!!

Candid by Kimi
 Oye, budak bertuah ni... Dia lari kemain lagi dalam kolam air panas tu, sampai terjatuh tersembam dalam air.. Cuba bangun tapi kaki tak jejak tanah.. Sebbaik dia tak meronta dalam air tu, kalau tak sure air masuk dalam hidung dia. Dan sebbaik jarak dia dengan aku tak jauh mana dan aku tak panik. Aku terus terkam, capai dia dan angkat dia.

Tapi, dia boleh buat muka selamba cam takde apa-ape berlaku, sambung main gelak-gelak lagi.. Aku pulak yang cuak, tanya dia ok tak, cek muka dia semua. Syukur dia tak ade apa-apa.. Orang sekeliling pandang korang tak payah cite laa.. huhuhuh...

Tapi, natijah jatuh tu, esoknye abang dia ajak mandi kolam, dia tak berani masuk.. dia usik-usik air kat tepi kolam je... Ermnn... trauma kah???

1 comment:

eima said...

haaaa klu nk pi nanti aku cri ko ek .. homstay tu