Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, March 25, 2014

MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi

 Kenyataan penuh Perdana Menteri, sumber dari akhbar BH;

"Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Mereka memaklumkan bahawa Inmarsat, syarikat penyedia data salelit di UK yang memberi petunjuk berhubung koridor utara dan selatan, telah melakukan penilaian terperinci terhadap data yang diperoleh.

Mereka menggunakan kaedah analisis yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana siasatan seperi ini. Hasilnya mereka mendapat petunjuk lebih kukuh berhubung laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baru ini, Inmarsat dan AAIB merumuskan pesawat MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth.

Ini adalah lokasi terpencil, jauh dari sebarang kawasan pendaratan. Justeru, dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan bahawa susulan maklumat terbaru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang media esok (hari ini) dengan butiran lebih terperinci. Sementara itu, kami ingin memaklumkan perkembangan terbari ini seawal mungkin. Maklumat ini dikongsi atas dasar keterbukaan dan menghormati keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi panduan siasatan selama ini.

Penerbangan Malaysia sudah menemui semua keluarga penumpang dan kru terbabit bagi memaklumkan perkembangan ini. Bagi mereka apa yang dilalui sejak beberapa minggu lalu amat memulukan. Saya tahu berita ini pasti lebih sukar diterima. Saya meminta pihak media menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang  yang diperlukan dalam  detik menyukarkan seperti ini."


Satu dunia terkejut dengan press conference malam tadi.. Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Ya Allah.. aku masih mengharapkan keajaiban.. Mengharapkan bahawa semua penumpang dan anak kapal masih selamat.. Jika benar penerbangan berakhir di lautan tu sekalipun, diorang masih selamat, masih sempat memakai life jacket atau ada kat dalam bot tapi kita tak tau kat mana diorang dihanyutkan.. Lautan Hindi besar, mungkin SAR tak cover sepenuhnya lautan tu.. Mungkin diorang ada kat mana-mana.. mungkin...

Aku tengok rakaman yang di ambil dari kapal yang jalankan operasi mencari MH 370, ya Allah.. Ombak, gelombang lautan tu memang menakutkan, kapal besar pun goyang dipukul ombak dia.. Lautan tu pun sunyi, dalam.. Allahhuakbar...

Tapi, selagi tak jumpa penumpang dan anak kapal, selagi tak jumpa pesawat aku rasa aku tak boleh berhenti berharap.. berharapkan ada keajaiban..

Dan buat keluarga penumpang dan anak kapal.. terutama Haji Hamid sekeluarga, bekas bos kat cerun dulu, diharapkan semoga korang semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini..

Doa aku moga semua yang terlibat berada dibawah lindungan mu Ya Allah... Amin...

Owh, sama-sama kita tunggu butiran lanjut dalam sidang media pagi ni.. jap lagi...

2 comments:

P.A. said...

memang kita mengharapkan keajaiban daripada Allah...apapun jika benar mereka telah 'kembali' kita doakan agar mereka diberi keampunanNYA..

eima said...

selagi bukti tak de selagi tu aku masih berharap ... sedih ar