Jom klik

kENgkaWAn

Friday, March 21, 2014

Resepi kek kukus coklat mudah, lembut

Hari ni ada jamuan sambutan hari lahir besaran kat tadika Kimi, so parent diminta sediakan juadah untuk jamuan tu.
Untuk dibawak ke tadika Kimi

Macam biasa, aku rasa lagi seanng aku buat kek dari aku masak yang mengarut-mengarut lagi remeh haahahah.. So google resepi dan kebanyakan resepi aku tengok adalah lebih kurang sama. So aku pun tak ingat kat blog sapa yang aku ambil resepi ni, so sori sangat tak dapat nak bagi link.


Aku tempek sini jela erk resepinye.

KEK KUKUS COKLAT

 Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu segar (tapi aku takde susu segar so aku bancuh susu anak aku dengan air sejuk hahahahah)
1/2 cawan susu pekat manis

Masukkan semua bahan A tu dan masak atas api sederhana sampai gula tu cair. Sentiasa kacau supaya tak berketul. Sejukkan sebentar dan buat step B

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Ayakkan bahan B dan ketepikan sebentar.

Bahan C
3 biji telur ayam suhu bilik
1 sudu esen vanila

Pukul bahan C sehingga kembang.


Cara-cara

Campurkan bahan B dan C secara berselangseli ke dalam bahan A. Gaul sampai sebati. Kalau nak kek tu cantik gebuz, tapis adunan yang dah siap tu sekali supaya takde gumpalan tepung yang belum sebati.

Masuk dalam loyang dan kukus selama 1 jam. 

Tips:
1. Pastikan air kukusan tu dah menggelegak sebelum kukus kek tu.
2. Api tidak terlalu kuat semasa mengukus.
3. Jangan buka penutup kukusan sehingga kek itu masak.


Ni kek akibat terkena wap kukusan.. dah tak cantik, tapi takpe rasa dia sedap aahahaha...

Aku malas nak buat topping sebab badan dah penat sangat. Lagipun kimi bukan suka kalau ada topping ke chocolate rice atas kek tu, dia suka kosong... kalau letak dia suruh buang, buat penat je hahahah...

Pandangan sisi
Pandangan atas
So selamat mencuba uollllsss

4 comments:

sueada said...

kek nie sedap tp saya slalu buat size kecil2 jer.
penat menunggu size bsr nie siap dikukus.

bunga_rose said...

sedap kan kek coklat kukus.. peberet anak dari dulu sampai sekarang..

eima said...

nampak cam senang kan ... tp aku huhuh tkt nk buat tkt error

P.A. said...

adusss..mengancam nie...tq share ye Bunge...nk try wat la nnt :)