Jom klik

kENgkaWAn

Friday, March 21, 2014

Resipi Sandwich Nugget + sosej Berkeju Sedap lagi Simple

Tengok tajuk tak menahan kan meng up kan resepi ni hihihih... Tapi serius resepi sandwich ni memang simple  dan sedap. Yang penting tahap simple tu sampai kami boleh buat kat dalam bilik ofis aku ni je ha.. Sap sap soii je dah siap gitu.. haahaha...

Tayang gambo sandwich tu skit..

Pandangan dari sisi yang belum dibakar
Macam biasa, resepi aku mintak en google carikan dan dia kasik link resepi MAT GEBU Resepi asal korang boleh klik LINK NI sebab biasa la aku ni suka derhaka skit pada resepi. Dok tambah bahan lain lagi dan cara masak pun aku olah sebab masak kat ofis je, takde periuk belanga bagai.. Guna kreativiti bak kata orang atasan kiikiki..
Siap dibakar & sedia dimakan nyumm

So, aku share resepi derhaka aku ni ok

Resipi Sandwich Nugget + sosej Berkeju Sedap lagi Simple

Bahan-bahan

- Roti keping tak kisah gardenia ke high 5 pun
- Nugget - digoreng dan dihiris nipis
- Sosej - di grill atau goreng dan dihiris nipis
- Mayonis
- Thousand island
- Serbuk lada hitam, serbuk lada putih
- Bawang holland dihiris nipis
- Timun dihiris nipis
- Tomato dihiris nipis
- Salad
- Cheese


Bahan-bahan

Cara

1. Satukan hirisan nugget, soseh, serbuk lada hitam, lada putih, bawang holland, mayonis dan thousand island dalam satu mangkuk. Gaul rata. Semua bahan tu korang boleh agak-agak la, ikut cita rasa sendiri. Suka lebih, letak lebih... gitu... gaul sampai camni

Hasil gaulan

2. Ambil sekeping roti, letak bahan yang siap digaul dan ratakan atas roti.
3. Tambah hirisan timun, tomato dan taburkan cheese.
4. Tutup bahan dengan salad dan sekeping roti lagi atasnye.. Alaa cam biasa buat sandwich la hihihi..Aku punye terang cam ajar kat budak sekolah pulak yer kikikiki..

Intai-intai

Pandangan tepi
5. Sedia untuk dibakar.

Kitorang bakar dalam sandwich maker tu je.. so jadi la camni..
Panas panas
Nyumnyum...
So apa lagi kawan-kawan.. moh la cuba.. Ada balance salad dengan roti tu aku nak buat kat rumah pulak esok. Haaa kat rumah aku nak ikot resepi asala la, bakar atas non stick pan, taruk minyak zaitun.. bagus tuk kesihatan..

Diakhiri dengan gambar lelehan cheese ahahaha...


Ok, selamat mencuba resepi yang senang, sedap lagi gojes ini.. *wink*!



2 comments: