Jom klik

kENgkaWAn

Monday, April 21, 2014

Bermandi Lampu di ICT Shah Alam

Sabtu baru ni, tunaikan hasrat hati anak bujang yang sebok menanya, bila kita nak pegi tengok lampu... bila kita nak pegi ICT, bila kita nak jalan kat situ...

So alang-alang MIL dan adik ipar datang minggu lepas, terus la ajak diorang meramaikan lagi rombongan cik senah ke sana...

Punya lama tak pergi ICT, tengok-tengok, macam-macam dah ada ek. Ada Red Carpet yang patung lilin tu, ada rumah hantu, ada errr gambar 3D k3 4D ntah, tempat karaoke pun ada pastu macam-macam la.. Huiii buat duit betol laa ICT ni....

Sampai je dak Kimi sibuk nak naik Chochooo, ketapi gapo laie kan.. Pegi laa aku nak membeli tiket.. dah la kalau nak naik, aku kena naik sekali, kang tak pasal jatuh anak-anak aku tu.. Eqal aku suka hati je cakap kat budak jaga tu ketinggian dia separas, padahal lebih je sikit dari 90cm tu kahkah... Sebbaik la dia ok je, jimat RM5 aku..

Nak gi beli tiket, aku ingat beli tiket cam dulu, rupanya.. Diorang pakai sistem topup. Kena beli kad... ala malas pulak nak snap gambar kad tu.. Alaa kad keras cam kad atm, kad minyak semua tu la.. Aku punye kad gambar red carpet. Kalau takde kad tak boleh beli tiket.. hadoiiiii.. Sebbaik kad tu Rm2 je sekeping, boleh share2 guna. Valid sampai 2 tahun.. Fine!!! Eceh marah pulak kan... Rm2 pun duit tau... Hikhik...

Tapi best gak naik ketapi tu weh.. 4 kali dia pusing, pastu trek dia boleh tahan gak tinggi, kalau sape yang gayat, rasanya ermnnn boleh la cuba naik untuk atasi ketakutan, bak kata Aeron Fear Factor haahhah...

Lepas dah tunaikan hajat anak jom kita bergambor puas-puas... Tu je pun tujuan pegi ICT kan, bergambo...



Tu Kimi tu Duta KPDNKK tu haahahahah... Sendiri pilih baju, macamkan takde baju lain dah nak pakai.. Hadoiiiiiii...


Itu uncle aaa aiyakkkk sudah enterframe dalam ini gambar,sudah ilang seriiii... ikiikikiki.

Berselfian lagi... Sukati je perkataan ko nak bubuh kan bunga.. hahaha.. 

Us..

Anak dara dan mak dara tapi mak dara cam anak dara gak kan?? Kann?? Hhahaahah..

Tengok Eqal.. hailaaaa merata dia pusing..

anak-anak mak..

Mr. & Mrs. Smith versi Melayu Banjar kikikikiki...

Aku komen kat gambar ni kat FB, "Semoga cinta ini bersinar dan berseri seperti lampu di belakang kita. Bukan seperti lampu minyak tanah yer Mohd Azli hihihi..." Laki aku ni tak reply pun. Cetttt, tak nak komen pun, ace cuba like.. penat aku fikir idea nak komen tau haahahahahah...


 Kami kuar dari ICT pukul 11 malam, MIL dah tak larat matanya tengok cucu-cucu dia berkejaran sana sini, takut cucu ilang gamaknye haahahah... Hubby aku tu pun tak sihat sangat, ngikot kehendak bini dan anak dia je yang sebok nak gi ICT hikhik..

Owh, parking bukan per entry cam dulu.. Dulu RM10 per entry kan.. Lani RM3 sejam.. Kami dok 2 jam, kena la RM6. Ok la, jimat RM4 dari dulu kan...

So korang, poie laa.. macam-macam adaaa...


2 comments:

adianiez AIDA said...

aida da pegi! best! setiap ceruk berlampu aida bergambar ha ha ha....anak-anak dara jadi mangsa sebagai model :-)

eima said...

memalam tak penah pegi ..penah pegi siang je .. besh jugak la tp aku tak brape suka sgt ... klu mlm ungkin syok jg kot