Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, April 15, 2014

Kimi terkena sengatan lebah

Aiiii selamat pagi... semua dah sarapan ke? Aku ingat nak diet tadi, tapi office mate ajak turun cafe, tapau. Haihhh terus ilang tekad nak makan oat je hahahah.. Dah pun selamat masuk dalam perut cucur udang 2 biji ni ha.. nyesal pulak rasa bila ngenangkan perut makin ke depan ni haiihhhh!!

Baru semalam aku cakap tak boleh nak komen kat blog orang. Tuptup ari ni dapat pulak komen. Yeayyy!!! Terus roh nak update blog mai.. Tapi tak tau la berapa lama roh ni bertahan... Kikikik...

Semalam tengah aku rilek-rileks tengok FB sambil layan Eqal, tiba-tiba hubby panggil aku. Katanya kawan-kawan Kimi bagitau Kimi kena sengat lebah. Gelabah la aku kan sebab 2 tempat katanya kena gigit, hidung dengan telinga.

Terus ambil minyak panas, sapu. Tangan pulak terus google kesan sengatan lebah dan apa perlu buat. Hubby ajak gi klinik tapi Kimi meraung tak mau pegi. Bila aku tanya sakit ke tak, ishhh anak aku ni pandai tipu tau. Katanya tak sakit, tak kena pun gigit. Cett ape tak kenanya, telinga sampai bengkak dan merah. Hidung tu aku rasa lebah or binatang ape tah tu cuma lalu je terkena sikit sebab tak bengkak.

Tengok kat internet cam bahaya je kesan lebah, tu pun kalau yang sengat tu lebah, kalau binatang lain? Huii terus la aku kerisauan. So terus pujuk Kimi bagitau bahaya, takut nanti bengkak, tak boleh nafas, doktor tak cucuk cuma sapu ubat. Eh budak ni berkeras takmo pegi. Nak tengok cerita kartun sampai habis dulu. E, eh sesuka hati nak lawan cakap mama ek. Reverse psychology la pulak kan, bagitau, kalau lambat pergi, malam nanti cerita oggy & the cockroach tak sempat tengok, sebab lambat balik. Terus setuju, hailaaaaa dasar peminat tegar oggy betul.

Pukul 7 tepat sampai klinik, sebbaik dia tak tutup lagi. Biasa tutup kejap untuk doktor sembahyang maghrib. Maybe masuk waktu lambat sikit sekarang, so dia tutup lambat sikit kot. Bila masuk doktor cek semua, katanya takde masalah. Sebab pernafasan dia ok, bengkak pun tak besar. So just bagi ubat tahan sakit, tu pun bagi kalau dia sakit je. Kalau dia tak sakit tak perlu.

Then aku cakap, aku ada letak minyak panas kat tempat kena sengat, katanya tak perlu, biarkan je.   Ek? Betul ek, kalau kena sengat biar je? Ermnn.. kalau kat kampung memang terus mak-mak kita letak minyak kan...

Tapi syukur la, balik rumah tu aku tengok bengkak dah surut. Tapi tu la, aku still tak tau apa yang sengat dia. Kawan-kawan dia yang bagitau pun umur baya-baya dia je pun. 5-6 tahun. Huiii jangan tak tau, siap ada rombongan bebudak datang rumah aku ni haa nak melawat Kimi, tengok camne keadaan dia.

Dasat budak-budak taman aku ni ha.. Macam dulu la, Eqal jatuh, segerombolan datang melawat, hahaahaha.. comel je aku tengok... Kecik-kecik dah pandai ambil berat sesama jiran kan.. Kadang, kalau anak aku tertinggal basikal, ramai-ramai pakat datang hantarkan basikal la.. selipar la.. Comel kan..

Owh, aku ada baca sepintas lalu, kalau terkena sengatan apa-apa,
1. Basuh tempat sengatan
2. Tuamkan dengan ais
3. Ikat kawasan yang terkena sengatan tu, untuk elakkan bisa mengalir ke tempat lain
4. Dapatkan rawatan segera.

Aku semalam tak basuh, tak tuam, terus letak minyak panas je.. Then cepat-cepat bawak gi jumpa doktor. Ermnn gambar takde la sebab kelam kabut kan...

5 comments:

Tukang Karut said...

tengok gak apa yang sengat tu...

bunga_rose said...

ntah, aku tak tau ape yg sengat.. ye la bebudak yang mai bagitau, nak tunggu kimi cakap, memang tak laa sebab dia takut nak gi klinik

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Rose...bahaya gak kena sengatan lebah ni.Anakbuah K.atie sampai pengsan.Semoga anak bujang Rose xder la apa2 ^ semoga cpt sembuh.Aaminn

Myra Jay said...

Baguslah semangat setiakawan ada, budak2 pun ada tggjawab p melawat kawan2 yang sakit.
Myra pun tak tau akta klau kena sengat kena biarkan je.
Apapun mudah2an kimi cepat sembuh ye..

bunga_rose said...

azatie:
tq, alhamdulillah, kimi dah ok..

sampai pengsan anak buah? berapa ekor lebah yang gigit tu agaknye ye.. bahayanye...

myra:
haah tu la, budak2 sekarang cam orang beso dah lagaknye, pandai berkawan cam orang beso...

kimi alhamdulillah, ok, bengkak dah surut, tq