Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, April 16, 2014

Nak cuti...

Hi korang!! Ngantuk ke tu? Hahaahh.. tadi kan baru lepas lunch, sure mata berat je rasa petang-petang gini kan. Aku ari ni segar, sebab malam tadi tido awal. Konon tidokan anak, dengan aku sekali terlena.

Jaga-jaga dah pukul 12 tengah malam. Bangun lipat baju anak dan iron baju sekolah Kimi. Pukul 12.30 mandi, sebab panas sangat. Kesan ubat kot, my hubby le paksa makan ubat selsema. Pantang tengok aku tak sihat, laju je bawak ubat dengan segelas air suh aku telan ubat. Sebab dia tau, kalau suruh aku makan sendiri, memang takkan makan, haahahaha... culas ubat bini dia ni haa hahaah...

Eh aku nak sembang pasal ape ek tadi... ermnn... kenapa dah lupa ek.. Dah nak masuk angka 30 an ni kerap pulak lupa.. bahaya betul laa...

Next week, my hubby kena out station kat daerah-daerah negeri Pahang. 3 hari pulak tu. Stress aku memikirkannye kikikik.. So plan nya nak ikot la.. Dia hantar aku balik Kuantan Selasa malam tu, Rabu pagi dia terus gerak ke Maran dan Temerloh. Then Jumaat tu dia balik Kuantan semula dari Bera kot, ntah tak ingat jadual dia.

Aku memang suka sangat la idea tu, cuma, masalahnye nak mintak cuti dengan bos aku ni.. Aaaaa... macam tak berani la pulerrrr.... Kikiki... 3 hari kot nak cuti. Kalau aku tak ikot, kena naik moto gi keje, hantar anak ke rumah pengasuh dan tadika. Kalau tak hujan ok laa... kalau hujan, susah hati aku ni..

Lagipun nak cari tukang urut kat kampung tu ha.. nak cuba betulkan tangan Eqal, mana tau cara tradisional berkesan pada dia. Appointment Eqal Isnin ni jumpa Hand Clinic pun aku postpone. Sebab takut boss bising, senin dah amik halfday di Hospital, Rabu dah nak apply cuti. Khamis dan Jumaat takpe, sebab bos ada seminar kat KL.

Fuhhh harap mood bos ok laa masa nak mintak cuti nanti. Ikutkan hati nak ambil cuti 6 hari, sebab Isnin minggu lagi satu hubby out station lagi ke Pahang, tapi kali ni Kuala Lipis, Bentong dan errr ape ek lagi satu daerah, lupa dah aku, Jerantut kot.. Tapi, takkan la nak tinggal ofis lama bebeno kan. Melampau sangat bunyinya kalau amik cuti dari 23 April sampai 30 April. Dah la 1 Mei tu Hari Pekerja.. Haihhhh..

Maka redhalah merempit untuk 3 hari nanti. Harap-harap cuaca untuk 3 hari tu elok la.. Nak hujan pun tunggu aku dah ambil anak-anak wat balik rumah.. pastu klu nak hujan pun, hujan laaa...

Dulu masa anak dara, berani bawak moto, bawak sampai 110kmj pun rileks je. Sekarang bawak 80kmj dah rasa kecut perut. Hhuhuhu.. beza sungguh zaman anak dara dengan zaman mak-mak ni yer.. Kikiik..

So, doakan aku dapat mintak cuti, yeay!!!

2 comments:

eima said...

alahai .. cerita betui2 ngan boss ..mesti die bg punya ... tatau klu boss aku die ok je

bunga_rose said...

hahaha.. cuti dah lepas.. bos ok je, aku je risau tak bertempat manja ngeee...