Jom klik

kENgkaWAn

Friday, April 4, 2014

Trigger Finger - Ibu jari Eqal

Aku tak penah terfikir anak aku dapat masalah trigger finger. Ape trigger finger? Aku copy maksud dalam bahasa omputih jela erk.

What is trigger finger?

Trigger finger is a "snapping" or "locking" condition of any of the digits of the hand when opened or closed. Trigger finger is medically termed stenosing tenosynovitis.

 Aku sedar ibu jari dia tak boleh lurus masa dia umur setahun lebih. Masa tu tengah main-main dengan jari dia, sekali ibu jari kanan tak mau lurus. Panik, tapi sebab Eqal still ada check up dengan pakar, aku bajet nak refer time jumpa nanti jela. Tapi silapnya masa jumpa time tahun 2013 tu, kitorang lupa nak tanya doktor.

So tangguh lagi ke bulan 1 baru ni. Bila jumpa doktor kena la dia dirujuk ke pakar ortopedik. Dan kat situ doktor sahkan ni kes trigger finger. Dia suruh kitorang jumpa pakar fisio untuk tengok apa diorang boleh buat, dan nanti akan ada temujanji dengan pakar ortopedik lagi untuk tengok perkembangan Eqal.

Ni Rabu lepas. Diorang suruh Eqal pakai mendalah ni...

 Kalau boleh pakai 2 jam pastu rehat 1 jam pastu pakai lagi 2 jam. Tapi budak mana laa nak pakai kan.. So kitorang decide pakaikan time dia tido je. Dan aku gak kena selalu la urut jari dia supaya lembut dan kalau boleh dia lurus tanpa perlu pembedahan..
Pernah, 3 kali jari dia lurus. 2 kali sebab urutan dan sekali sebab jari dia tersangkut pada raga moto, tak perasan jari kat moto terus angkat naik moto, terus meletup bunyi jari tu. Terus lurus dalam beberapa jam. Tapi dia tak bagi sentuh. Dan lepas tu dia bengkok balik ibu jari tu..

Sebab tu aku yakin, jari dia boleh lurus, hanya perlu usaha lebih lagi.

Harap sangat ibu jari Eqal normal balik.. Kalau tak, kesian bila dah besar, orang tunjuk tanda best ibu jari lurus, tapi dia bengkok. Dan maafkan mama dan papa sebab lambat perasan pasal ibu jari Eqal... Abang Kimi dulu semua normal, sebab tu tak pernah terfikir benda macam ni boleh jadi...

Korang, bakal ibu, bakal bapa, anak lahir nanti cek semua jari kaki tangan, jangan jadi cam kes aku ni ha.. Lambat perasan...

4 comments:

eima said...

anak Uyun CuteMum penah buat treatment kat Hosp Serdang .. ko bleh pi cari kat blog die ... baca2 ...sebab die ade pengalaman

bunga_rose said...

haah, thanks manja aku ada baca pasal anak uyun.. tapi dia sedar awal kan pasal jari anak dia.. aku ni sedar awal, tapi tak bertindak pantas cam dia.. ermn... nyesal pulak tak bertindak pantas

Myra Jay said...

InsyaAllah mudah2an makin cepat baik ye..

Anonymous said...

sya pernah kena 2 thn lps gara2 tlmapau guna laptop maklumlah report stp mggu kena submit..lama juga nak baik dlm 8 bln camtu..hari2 bgn jari manis sblh kiri bengkok..dan hari2 stp pagi saya akan urut..alhamdulillah dah xde..skg ni sy mmg krgkn pggunaan jari yg tkena tu..kdg2 rasa lenguh trus cepat2 urut bg kelegaan..insyaAllah ank pn boleh sembuh..x perlu operate sbb sometimes blh kena semula even dh operate