Jom klik

kENgkaWAn

Friday, May 9, 2014

Indoor Sport: Ping Pong

Minggu depan ada indoor game untuk pingpong, badminton, karom dan dart kat ofis aku ni. Dulu masa kat cerun, semua game pun aku masuk sebab aku je wakil perempuan dalam unit aku.. Tapi kat ofis sini, kitorang kan dibahagikan kepada rumah pasukan so, ramai la bakat-bakat yang boleh kita tengok hebat dalam game yang masing-masing minat.

Masa daftar, kitorang diharuskan untuk pilih 1 game atau dimasukkan nama dalam senarai nama orang buat persembahan. Oh no, harus aaa persembahan benda yang paling harus dielak.. So aku letak nama aku kat pingpong.

2 minggu lepas aku ajak kawan yang aku kenal prektis main. Syukur, masih lagi boleh main pingpong.. Tak sia-sia aku berguru dengan pakar-pakar kat cerun dulu.. maceh sifu-sifuku. 2 kali aku turun main, takde perempuan pun yang turun.. so masa tu rasa cam ok la boleh la nak kasik cabaran kat pihak lawan kot.

Sekali tengahari tadi aku turun gi prektis. Ramai pulak dari admin yang turun prektis sama. Woooooo... not bad memasing. Ada skill walaupun tak pandai nak kira mata, tak tau sape kena bawak, camne nak tukar, berapa kali servis.. tapi skill diorang boleh tahan.

Main dengan diorang sejam lebih gak la.. eh lupa, thanks ct temankan... Mula-mula main dart dengan ct sebab masa kami sampai tu geng lelaki yang tengah main kan.. Lepas dah pukul 1 lebih skit tu baru diorang beransur pegi masjid.

Tapi serius, penat pulak rasa main hari ni.. Non stop main, lepas tu diorang dah lama tak main katanya so semangat nak smash, nak pukul bola tu tinggi betul.. macam semangat aku masa hari pertama prektis. Penat wehhhhh..

Pastu... aku rasa cam haahahah.. ada ke harapan nak menang ni weiiiiiii.. Yang turun prektis ni pun cakap tak sure masuk ke tak.. kalau tak de orang baru diorang masuk. Kalau camtu, ada yang lagi power ke weh? Kalau ada, habislaaaaaaa....

Tujuan aku masuk game ni? 2 je.. 1 sebab nak sijil, sebab kehadiran dianggap sehari berkursus, tak payah susah nak fikir mana nak cari kursus. Sebab kedua.. rindu nak pegang bat weiiiiii.. rindu pingponggg... rindu cerunnn rindu riuh rendah cerun sobbbbss!!!

Sekian merapu aku..

1 comment:

aneezjaafar said...

salam singgah dan follow...

http://aniszahirah87.blogspot.com