Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, May 7, 2014

Syoknye mencicah sekut

Semalam, masak nasi putih dengan ayam masam manis...  masak simple je sebab hubby takde kat rumah kan, berkursus 3 hari. Suap la anak-anak.. Eqal habis 1 pinggan, Kimi pulak sesuap je.. Stop sebab tergigit bawang, terus tak mo makan dah.. haisshhhh...

Lepas aku siap mandi semua, dia request air kopi o, nak cicah dengan biskut katanya. Siap bawak balang biskut pegi depan tv dengan pesanan kat aku "cepat tau mama, Kimi lapar ni"

Heran, sebab mamat ni mana suka minum kopi o.. Kalau kopi susu tu dia minum la jugak... Tapi tetap aku buat seteko kecik.

Duduk la budak dua beradik ni mengadap air kopi o sambil cicah biskut hup seng.. 

Mata tu tak lepas dari mandang tv... Memang setiap hari diorang dah tender tv tu dari pukul 8 sampai 9 malam tengok cerita Oggy & the Cockroach tu ha..

Baru aku teringat, kelmarin malam, aku terlelap depan tv, sedar cam mamai-mamai gitu, nampak diorang dok keliling papa diorang, dok mencicah biskut dengan air kopi o.. Patut la request lagi malam tadi.. Papa mengajor rupanya... Biasa cicah air milo, sekarang dah tukar selera pulak yer nak..

Dah serupa atok-atok kat kampung dah, tengok tv sambil mencicah biskut.. Adesss

2 comments:

eima said...

minum kopi bgs betui anak hang wei ... budak mana suka kopi ...
jgn tak tido malam sudah ..hihi

bunga_rose said...

haah, malam tu sebelum tido aktif semacam.. tapi sebab hujan lebat, guruh, kilat, perit, depa takut, sebelum pukul 10.30 dah selamat di buai mimpi hahaah