Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, January 30, 2014

Yong Tau Fu

Semalam cakap nak buat yong tau fu kan.. Yeay!!! Semalam jadik buat gak, so nak tunjuk gambo, bolehy? Ngeee..


Haaa ada rupe ke idok?

Yeee, rupa ada, tapi rasa dia tidak menepati selera aku huwaaa...

Tapi, sebbaik la hubby dengan adik ipar aku makan sampai licin. Sangat mengambil hati hahahaahah...

Tak sedap sebab pedas gila. Pastu silap guna lada kering yang tak sedap. Lada kering tu rasa cam pahit-pahit sikit. So tak sedap kat tekak aku ni haa..

Resepi korang google aje deh. Senang ya amat buatnye.

Selamat la mencuba deh.

Wednesday, January 29, 2014

Tajuk bebel kot haha..

Bertemu lagi kita, dah nak balik ni takde idea pulak yang datang. Biasa awal pagi idea segar datang untuk update blog, tapi oleh kerna ada masa-masa tertentu je boleh buka, makanya otak terus jem haahah..

Aku nak masak yong tau fu petang ni, harap menjadi laa.. tengok resepi macam senang. Kalau jadik aku share, kalau tak aku diam je hahah..

Malam tadi membanting tulang buat kek coklat untuk potluck sempena maulidur Rasul Kimi kat sekolah tu. Last minute notice depa kasik, so apa yang ada kat rumah jela yang boleh aku buat. Nak buat bihun goreng, cik abang malas nak kuar gi beli bihunnya.

Gambar kek pun tak sempat nak amik, tapi macam sedappp je aku tengok sebab ada topping ganache tu hhahaah...

Ok, jumpa esok, nak pegi hantar surat ni, office mate ni laju je ilang bila bos balik awal haih.. aku lak yang tukang jadik pempostonye.. Bye!

Tuesday, January 28, 2014

Eqal dan Kimi

Hai, kita bertemu lagi di hari ini.. Ofis sekarang dah baik hati ke ape tak tau, time lunch hour kasik buka blog, kasik buka fb... Kalau semua ni berpanjangan, mekasih bebanyak kat pengurusan, i really need it!! Hahahaha... rasa tak lengkap woh klu tak berblog.

Nak cerita ape ek.. Banyak nak cerita. Pasal sape dulu, Eqal ke Kimi.. Maklumla last update bulan 9 ari tu, banyak menda dah jadi dalam masa 4 bulan ni.

Sebagai contoh, yang pahit...

Eqal, jatuh kerusi elok sebulan ke 2 bulan lepas dagu dia terbelah. Kes nye main atas kerusi eksekutif paklong dia yang boleh pusng-pusing tu. Pusing punye pusing, adik tak boleh nak imbang badan, jatuh muka kena pintu pastu jatuh bawak terus.

Bawak gi hospital kena jahit 1 jarum. Kalau tak jahit, doktor cakap tak mau tanggung risiko kalau apa-apa jadi kat anak. Sebab masa tu darah tak stop mengalir dari mulut dia.

Benang jahit tu, esoknye dia tarik selamba je dengan tangan dia... Sabooo jela, sebbaik tak terbuka jahitan

Kimi pulak, tak tau kenapa, tiba-tiba muka dia membengkak camtu. Alah makan ke alah debu ke tak tau..

Bawak pegi hospital siap refer ke pakar kulit, tapi diorang pun tak tau ape, kena buat next check up.

Nasib la lepas 2 hari muka dia dah elok. So kami putuskan tak payah gi lagi hospital untuk next appointment, mMalas aku nak menunggu lama lagi. Penat weh..





Yang gembira ada. Tapi esok pulak la cerita. Nak update pun rasa tak syok sebab gambar yang aku upload ni tak sure kuar ke tak.. Sebab tak keluar preview nye...

Nanti sambung balik, nak try publish dulu, keluar ke tak cite ni, sebab takut tengah-tengah aku taip ni depa block balik huhuhuuh... Sedeh mak klu tak leh update, sobs!!!

Monday, January 27, 2014

Boleh Sign In??

Apakah ini mimpi??? Tiba-tiba blog boleh buka ari ni!!!!!!

Weiiiiiiiiiiii aku rindu nak blogging, banyak menda nak share kat blog, nak buat sesi luahan perasaan, nak itu nak ini... Tapi aku tak tau sampai bila ofis tak sekat untuk sign in untuk update blog ni.. Tah aku datang esok tiba dah tak boleh..

Nak update kat rumah memang tak la, balik rumah dah sibuk macam ke ape, masa pun rasa tak cukup.

Korang.... kawan-kawan, rindu... Aku punye putus asa dengan blog sampai nak jalan rumah korang pun takde mood hahaahahah...

Kalau esok boleh blogging, i janji, tengok tangan ai ni, ai janji lawat rumah korang lepas update blog hihihihih...


Ok nak balik dah ni.. Nak masak menu sihat untuk diet, berat adalah melampau sekarang haahah..

Bye!!!!!!!!!!!