Jom klik

kENgkaWAn

Monday, February 10, 2014

Ragam Gunting Rambut

Semalam pagi-pagi dah dapat call dari mummy Kimi bagitau anak jiran kami masa duduk kat kuarters JKR ari tu meninggal. Aku agak rapat dengan akak tu sebab selain dia pengasuh pertama Kimi, rumah kami betul betul bersebelahan.

Ada aku print kenyataan akhbar pasal anak dia

Sedih sangat sebab dia ada 3 anak, 2 lelaki dan 1 je perempuan. Dan yang meninggal ni pulak perempuan. Kitorang sampai semalam jenazah dah selamat dikebumikan. So ikot akak tu balik rumah jap, dengar cerita sebenar kejadian then balik.

Sebelum tu singgah Restoren cina Muslim, ape ek Mohd Chan ek ke ape ntah. First time makan kat kedai cina muslim, so canggung na order apa hahah.. Aku order nasi goreng seafood, tak pedas langsung tapi nasi dia banyak. RM8.90. Gambar idok la ambil sebab gi makan dengan mummy dan daddy Kimi. Makanan pun diorang yang belanja. Hihih.. alhamdulillah, murah rezeki. Dan moge rezeki diorang pun dimurahkan Allah..

Eh ada 1 gambar, Kimi yang snap ihii..

Balik tu terus singgah Econsave sebab nak beli coolblog. Weiii cuaca gila panas semalam, kami berempat memang rasa cam ape dah menggelupur panas. So singgah Econsave kasik sejuk badan. Terus buat keputusan potong rambut anak-anak kat situ gak.

Kimi sebelum, semasa dan selepas. 




Dan ni pulak Eqal, sebelum, semasa dan selepas.




Payah nak amik gambar anak-anak sekarang. Bila Kimi sedia, Eqal tak mau begambor, bila Eqal sedia, Kimi pulak tak mau begambo..

Mama je yang sentiasa sedia begambau haahahah..


Friday, February 7, 2014

Rumah Sukan dan Kempen

Hari ni hari Jumaat, waktu rehat panjang. Tapi aku tak kuar, wah sangat pelik. Padahal semalam, kelmarin, kemain lagi pegi sana sini time lunch yang pendek. Hari ni tetiba aku tak tau nak gi mana, takde arah tujuan.

Sejuk la pulak dok sorang kat bilik ni.. Jap lagi ada mesyuarat rumah pasukan hijau pulak. Aku rasa aku ni dari sekolah rendah sampai ke zaman kerja, musti dapat rumah hijau, pasaipa tah..

Kalau setiap orang kena pilih satu sukan, sukan pilihan aku haruslah netball.. Lama gila tak main. Mula main masa sekolah rendah, last main masa sekolah menengah. Tapi takde la hebat sampai wakil sekolah pun. Hahhaaah.. tapi rindu rasa nak main balik... Aku dulu pasukan simpanan je masa sekolah teknik. So kalau dapat main lagi memang best laa hikhik..

 Esok pulak ada pertandingan Bahasa Inggeris. Hentam kromo jela, nama pun soalan ada jawapan A, B, C, depa cuma nak tengok tahap keyakinan kita je. So wat lek wat peace je le..

Wish me luck! Nope, bukan luck untuk menang, sebab dah tau sape pemenang, tapi luck supaya tak terketar-ketar nak jawab depan panel juri esok kikikkiki..

Thursday, February 6, 2014

Kempen Bahasa Inggeris di Sekolah Kami - Sila positifkan minda

Panjang tak tajuk hahaahahahaah....

Baru balik taklimat untuk pertandingan/kempen bahasa Inggeris yang mana juga dikenali dikalangan kami-kami ni sebagai kelas tambahan Bahasa Inggeris di hari minggu.

Ada 2 stage. Stage 1 perkenalkan diri, jawab soalan. Markah dikira dari segi yakin, ketrampilan last baru jawapan. Maknanya kalau jawapan ko tak betul pun takpe, markah untuk konfiden ko tu nanti leh tolong ko dah haahahahah..*Sighh*

Stage 2, 8 orang je layak. Dan aku yakin, aku bukan salah sorang. Ate nak cakap dengan juri tu nanti harus aku rasa nak terkucil tergagap mana nak menang kikikikiki... Dapat keluar ayat pun dah mujur aku rasa nanti. Mulanya seronok nak buat macam bodoh je macam tak tau ape, then boleh la balik awal. Rupanya tidakkkk.. Harus tunggu sampai game over. OMG!!!!! *sigh!!*

Kelas tambahan Sabtu ni yang tak best sebab curi masa kami bersama keluarga tercinta, yang bestnye sebab ada makan-makan. Hahahah.. pasal makan ko laju je Bunga kan... Kenapa laaa tak buat hari kerja. Alasan diberi takut bos masing-masing tak bagi. Belum tanya kami, dah buat kesimpulan sendiri. Padahal ramai je bos yang cadangkan buat je time hari bekerja. Bukan curi banyak masa pun...

Aku akui mulanya aku agak geram sebab diorang buat time cuti dan ambil masa kitorang, tapi bila fikir masa ni la dapat lepak dan chill dengan kawan-kawan seangkatan so macam ok laa.. Bukan selalu pun kan.. *Sigh!!!*

So aku ambik menda ni secara positif jela. Macam kes punch kad aku gak.. Walaupun dah 'pengetua' buat undang-undang sendiri dari 3 ketukan merah baru tukar ke kad hijau kepada hanya 2 ketukan merah dah kena tukar ke kad ijo, aku redha laa.. At least mengajar aku lebih disiplin, bangun awal pagi. Dari pukul 6.30 pagi aku bangun sekarang dah awal sikit, pukul 6 pagi, tapi kadang lajak gak ke 6.15 hahahahah... *Sigh!!!*

Ok tu je nak bebel, nak balik dah ni... Babaiiiiiiiiii

Resepi Kuih Onde-onde Buah Melaka simple jee

Kelmari buat onde-onde buah melaka.. Peberet dari kecik membawak sampai ke besar. Dulu ingat lagi masa kecil, mesti kirim kat ayah onde-onde ni, kalau tak kirim pun ayah mesti beli sebab tau peberet anak bongsu dia ni hihihihi...

Lani dah beso, kena la pandai buat sendiri kuih kegemaran. So here's the recipe. Google kat internet je guna fon kat rumah, so tak tau nak bagi kredit kat sapa. Hihih..

Mula nak buat rasa cam leceh, dah buat, eh senang yo... Boleh buat sorang-sorang, siap gentel sambil sembang dengan jiran sebelah haahahah...

Resepi Onde-onde Buah Melaka


Bahan
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Pewarna hijau
Air 1 1/2 cawan
Gula manisan/gula melaka
Kelapa parut putih aje (campurkan dengan sikit garam)
Daun pandan

Cara
1. Potongkan gula manisan kepada kiub kecil. Letak tepi.
2. Campur kan tepung pulut, tepung gandum dan sikit pewarna dalam satu mangkuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit dalam tepung dan uli sampai tak melekat pada tangan atau sampai boleh digentel jadi bebola bulat.

4. Panaskan air dalam periuk besar dan tunggu mendidih. Letak daun pandan untuk efek wangi.. Aku malas nak pegi mintak dengan jiran sebelah so tak letak
5. Bulat-bulatkan tepung yang siap diuli tadi, leperkan sedikit dan masukkan gula manisan tadi ke dalam tepung tadi. Tutup manisan tu dengan menggunakan tepung yang sama.
6. Masukkan ke dalam air panas dan tunggu sehingga tepung itu naik ke atas permukaan.

7. Biarkan seketika di atas permukaan supaya gula manisan cair didalam tepung tersebut kemudian angkat dan toskan.
8. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa yang telah dicampurkan garam sehingga menyaluti kuih tadi.

9. Dan taraaaa dah siap dah kuih onde-onde korang hihihi.. Sedap makan masa panas atau biarkan sejuk dulu dalam esbok.

Yummihhhhh!!!! Dapat 1 mangkuk, kasik kat jiran semangkuk kecik sebab aku mintak pewarna hijau dari dia. Abis dah pewarna ijo kat rumah, yang ada warna biru je. Letak biru kang tak lalu lak hubby aku nak makan hahahah...

Onde ni semalam lagi dah settle. Balik keje, buka esbok, makan kongsi dengan hubby dan Eqal, nyamannnn tekak. Diet ke mana pun aku tak tau masa tu hahaahah.. Sesekali, takpeeeee...

So selamat mencuba...

Wednesday, February 5, 2014

Menu Diet: Resepi Ayam Panggang & Salad Mudah

Semalam masak salad untuk dinner. Kata tengah berusaha untuk kuruskan badan, maka sila la menahan nafsu makan.. Tapi apsal ek, dah setengah bulan aku tak sentuh nasi pun, berat aku dok tang tu gak.. Adalaa turun 2kg, tp 2 kg je tak nampak perubahan wehh huwaaa..

Ok aku tunjuk gambo salad tu deh

Ni la menu dinner aku dengan hubby semalam. Adik ipo, aku masakkan nasi je, pastu laga dengan sup ayam udoh le hahhaah, dasar kak ipo malas masak.

Resepi ayam panggang aka grill aku tu mudah je

Ayam bersihkan. Letak dalam mangkuk. Tambahkan aje mix herb, lada hitam tumbuk, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, kicap cair sikit dan minyak zaitun. Semua bahan agak-agak je. Perap at least 1 jam, then panggang jela.

Aku takde kuali cap ikan or apa-apa brand cam pemanggang ajaib tu, so aku panggang je atas nonstick pan. Jangan risau, jadi punye hihihi..

Resepi salad pulak lagi mudah.

Ambil apa aje salad or sayur yang korang suka nak makan. Macam semalam aku guna kobis, salad butterhead (aku rasa la nama dia, ke salah taktau la hahaah), brokoli (aku kukus dulu kejap) hirisan tomato, kalau ada baby tomato lagi sedap. Itu aje. Kalau korang ada timun pun boleh letak gak. Pendek kata apa aje korang nak korang boleh letak.

Dressing dia, letak thousand island, mayonis salad, sesudu minyak zaitun. Tu aje, dah siap.

Ayam bakar tadi, hiris nipis-nipis dan letak dalam salad. Macam aku untuk letak dalam salad ni, dah dihiris nipis, cuma potong dua jela untuk mudah makan dengan sayur, supaya tidak ler tercekik.

So, itu saja menu sihat dari saya untuk hari ni. Marilah sama-sama kita berdiet secara sihat.

Tuesday, February 4, 2014

Lunch di TESCO Shah Alam

Lunch hour lari ke TESCO, bosan dah nak makan makanan kat kafe.

Food court kat TESCO sebelah pusat akuatik ni kira ok la sebab banyak pilihan. Tapi kali ni kami amik menu ni


Ape ek tajuk menu ni, satu tu Blackpapper chicken with rice dan lagi satu tu butter milk chicken with rice. Butter milk kureng sedapnya, tapi dak CT abis je dia makan. Aku still on diet so nasi jela tak habis, ayam dengan kuah blackpapper licin hiihi..

Harga RM6.90 je. Bawah nasi dengan ayam tu ada telur dadar. Sedap dan baloi la dengan harga kot. Sebab ayam dia pun kenyang untuk makan.

So suggest for those nak cuba western food yang murah tapi sedap. (",)

Monday, February 3, 2014

Ulser oh ulser

Ulser, setiap bulan aku musti kena ulser. Kalau tak pecah dalam mulut kat lelangit musti tang lidah aku akan berulser.

Kenapa ek ulser ni boleh jadi. Nak cakap kurang minum air, memang kurang haahahah.. Nak kata panas, memang cuaca panas sekarang ni. Hahaah.. sendiri tanya, sendiri tau jawabnya..

Pastu nak kata aku tak rawat, rawat je, pakai oral aid, minum air masak bebanyak sampai aku sendiri tak larat nak berulang ke tandas. Tapi bukan makin baik, makin teruk je aku rasa ni haa... Dengan bibior pun dah makin merekah..

Kenape musti setiap bulan penyakit ni serang aku ek.. Hadoiiii.. ada ke cara lain nak ubati atau nak jauhkan aku dari penyakit ulser ni..

Udah la 2, 3 malam ni tak lena tido, anak-anak berganti pas baton demam. Lepas Eqal, Kimi pulak demamnya. Dua-dua pun tak kebah sebab tongsil bengkak. Tapi ni dah baik demam ni, batuk pulak menjengah, lahaiii cian anak-anak mama.. Sebab tu laa aku ni kena kuat, kuat untuk jaga anak.. Kalau aku tak sihat sape nak jaga anak-anak.. Mau pening hubby kalau kami bertiga sakit sekaligus ihhihhihi..


Ps:
i. Lama tak berblog, macam dah tak pandai nak karang ayat weiii, errr macam la dulu pandai sangat mengarangnye hahaahah..

ii. Tak sabar nak tunggu minggu depan, nak bercutiiiiiiiiiii