Jom klik

kENgkaWAn

Monday, March 31, 2014

Felda Hot Spring Sungai Kelah, Sungkai, Perak & Info

Sabtu lepas balik Gunung Besout, cam biasa la kampung hubby aku tu. Pastu dalam kol 11 lebih cam tu tiba-tiba dia cakap, panas-panas ni best ni kalau dapat mandi kat air terjun Kuala Woh.. Tapi bahaya, kencing tikus pulak. Pastu aku tanya, tempat lain takde ke yang boleh gi. Dia sebut Hot Spring.

Peh, aku ape lagi, terus angguk tanpa geleng setuju.. Hahahaah.. selalunya aku ajak pegi sana, asyiknye dia cakap malas laa.. panas laa.. mahal laaa.. ramai orang laaa.. Tiba-tiba dia pulak yang offer ajak gi. Memang setuju sangat laaa..

Terus call Hot Spring tu tanya semua yang berkaitan:-

Harga tiket:

Dewasa : RM12.00
Kanak-kanak: RM10.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah free.
Warga emas: RM7.00

Kolam air panas: Dibuka sehingga jam 9.00 malam
Kolam air sejuk: Dibuka sehingga jam 7.00 malam

Gelang si paku gelang
Laju-laju gi cari adik-adik ipar dan mertua tanya nak ikot ke tak. Alang-alang kawan si Ina tu nak datang ke rumah, terus ajak dia tengok keindahan Hot Spring sekali la. Mak mertua dan adik ipo lelaki pula on je kalau si Ina ni join so set la semua nak gi lepas Zohor.

Mak siap tanya kot-kot nak bawak bekal nasi ke pergi sana. Ok set, hubby aku mintak nasi goreng kampung, so sinsing lengan la jap aku kat dapur bersilat masak nasi goreng kampung. Mak gorengkan ayam hihihih... Hubby aku tu pulak kaitkan kelapa muda, buat air kelapa muda campur lemon, peeeehhhh memang sodappp!!!

Bertolak dari rumah dalam 2.30 ke 2.45 ntah, aku pun tak ingat. Sampai kat hot spring tu dalam kol 3.15 gitu. Memang dekat aje Felda Hot Spring tu dengan rumah mertua aku. Kalau korang nak homestay pun ada rumah abang ipar aku tu ha.. betuol-betol tepi jalan Sungkai tu ha.. lagi dekat nak ke Hot Spring tu. Nak kasik tau naa.. aku adjust harga kat korang haahaha..

UPDATE!!!!
Ni link blog homestay abang ipar aku.. kot-kot korang nak tengok dulu.. http://rosleefarosleefa.blogspot.com/

Ok, pastu sampai tu kami dok angkut la bekalan makanan kami tu ke kaunter tiket. Cettt rupanya makanan luar dilarang masuk. Hahahahah... padan laa ada famili tu aku tengok dok tepi kete buka bekal makan depa.. Tap sebab dah alang-alang angkut sampai kaunter tiket, kitorang angkut bekalan makanan tu pi bawah pokok, berkelah jap kat bawah pokok tu.. Sangat keharmonian kelihatannya haahah..  Nasi goreng dan air kelapa menjadi tajuk pujian adik-adik ipar pada petang tersebut kikikiki.. Macehhhhh ahaks!!

Oleh kerana adik ipar aku adalah kakak angkat kepada salah seorang staff kat situ, maka kami telah mendapat harga staff yeayy!!!! Jimat wehhhh!!!! Alhamdulillah.... Dan sebab murah je, hubby belanja semua adik-adik dan mak iihhiii...

Jarak dari kaunter ke pintu masuk tak jauh mana, dalam 1km ek? Lebih kurang laaa.. ke 500m je, tapi kalau jalan kami agak penata la.. So jangan risau sebab ada disediakan ape ek nama mendalah ni??Tram ek?? Ke ape?


Naik tram, eh tram ek nama dia?

MIL aku tunjuk isyarat best tu, jangan tak pecaye..
 Owh, naik menda ni free je... ada sokmo, kena tunggu kejap je...

Abang Imiiiii bak kata Eqal
 
tasaba tasaba tasabaaaa!!!!
 Pintu masuk..
Here we go!!!!
 Kami sampai je terus ke kolam air sejuk. Almaklum, masuk situ pun dah dalam pukul 4 lebih, kolam tu tutup pukul 7. Eqal dengan Kimi dah macam ke apa nampak air... Eqal lagi la amukan terus dia kat situ bila aku dengan papa dia bawak dia gi tandas dulu, dah tiba-tiba membuang pulak dia.. Sebbaik membuang sebelum mandi, kalau tengah-tengah mandi??? Haaaaa... kikiki...

Kolam dia sangat besar, last aku pegi masa baru abis pantangkan Kimi kecik je kolam dia.. Sekarang, fuhhhh memang puas betol laaaa.. Paling dalam dia pun 4.5ft rasanya.. Kalau aku kira paras dagu laa.. Hihiihi.. ate rendah beno.. Kalau tinggi adik ipar lelaki aku tu dalam paras dada dia.

 Cantik kan view dia.. Nak main sliding tu... tapi sebab sorang jaga 1 anak kan, so tak dapekkkk huwaaaa.....

 Tapi tengah-tengah syok mandi tu tiba-tiba hujan la pulak. Ingatkan jap je hujan, sekali lebat, terus la naik... Eqal ape lagi, ngamuk la dia nak main air aku tak kasik.

Tunggu hujan reda sikit terus gerak ke kolam air panas pulak. Gambar kat situ takde la weh.. hujan kan, tak kohsen nak tangkap gambar bagai. Cian MIL pun sama naik basah uuhuhu... Tikar kami bawak ermnnn membaziorrrr je..

Ni dah siap tukar baju. Aku pakai tudung sama sebab lupa angkut tudung dalam kereta.. Sebbaik kain tudung ni jenis cepat kering, kalau tak.. haihhhh!!!

Candid by Kimi
 Oye, budak bertuah ni... Dia lari kemain lagi dalam kolam air panas tu, sampai terjatuh tersembam dalam air.. Cuba bangun tapi kaki tak jejak tanah.. Sebbaik dia tak meronta dalam air tu, kalau tak sure air masuk dalam hidung dia. Dan sebbaik jarak dia dengan aku tak jauh mana dan aku tak panik. Aku terus terkam, capai dia dan angkat dia.

Tapi, dia boleh buat muka selamba cam takde apa-ape berlaku, sambung main gelak-gelak lagi.. Aku pulak yang cuak, tanya dia ok tak, cek muka dia semua. Syukur dia tak ade apa-apa.. Orang sekeliling pandang korang tak payah cite laa.. huhuhuh...

Tapi, natijah jatuh tu, esoknye abang dia ajak mandi kolam, dia tak berani masuk.. dia usik-usik air kat tepi kolam je... Ermnn... trauma kah???

Thursday, March 27, 2014

Selamat Ulangtahun ke 30an Suami

Hari ni, ulangtahun suami ke 30.. Wahhh bagi kita dah rasa cam nak tua je kan.. tapi bagi lelaki tu, muda lagi tu.. haishhh.. Ni payah kawin sebaya ni, pulak tu suami muka muda, kita pulak kena sentiasa fikir camne nampak muda dari dia hahaah...

So, sebagai hadiah hari lahir ke 30 incik suami, aku ajak dia ambil cuti hari ni untuk spend berdua je.. ngeee.. lama dah tak spend masa berkualiti berdua.. Nak gi IKEA, nak gi SOGO, nak gi.. errrr.. ntah, tengok mana kaki menapak la jap lagi..

So, kat sini kita nak ucap SELAMAT ULANG TAHUN KE 30 BUAT SUAMI TERSAYANG, TERCINTA, TER..TERR.. apa lagi ek ter? hahaahahah...

Moga dengan bertambahnye usia, akan lebih bertambah bahagia, harmoni dan seangkatan dengannya rumahtangga kita ni.

Pastu, bak kata ahlong semalam dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu, setiap degupan jantung ni untuk abang, setiap nafas  eh ape ekk... lupa dah dialog dia haahahahah...

Tah ape-ape wish. Ok-ok takpe, nanti kita wish face to face la senang kan kikikik...

Terpaling penting, we love you abang @ papa @ bancik @ aicu hihihih... Tolong sampaikan sekali bagi pihak anak-anak, adik beradik & anak buah kikiki....


Ikhlas dari kami,



Tuesday, March 25, 2014

MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi

 Kenyataan penuh Perdana Menteri, sumber dari akhbar BH;

"Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Mereka memaklumkan bahawa Inmarsat, syarikat penyedia data salelit di UK yang memberi petunjuk berhubung koridor utara dan selatan, telah melakukan penilaian terperinci terhadap data yang diperoleh.

Mereka menggunakan kaedah analisis yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana siasatan seperi ini. Hasilnya mereka mendapat petunjuk lebih kukuh berhubung laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baru ini, Inmarsat dan AAIB merumuskan pesawat MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth.

Ini adalah lokasi terpencil, jauh dari sebarang kawasan pendaratan. Justeru, dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan bahawa susulan maklumat terbaru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang media esok (hari ini) dengan butiran lebih terperinci. Sementara itu, kami ingin memaklumkan perkembangan terbari ini seawal mungkin. Maklumat ini dikongsi atas dasar keterbukaan dan menghormati keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi panduan siasatan selama ini.

Penerbangan Malaysia sudah menemui semua keluarga penumpang dan kru terbabit bagi memaklumkan perkembangan ini. Bagi mereka apa yang dilalui sejak beberapa minggu lalu amat memulukan. Saya tahu berita ini pasti lebih sukar diterima. Saya meminta pihak media menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang  yang diperlukan dalam  detik menyukarkan seperti ini."


Satu dunia terkejut dengan press conference malam tadi.. Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Ya Allah.. aku masih mengharapkan keajaiban.. Mengharapkan bahawa semua penumpang dan anak kapal masih selamat.. Jika benar penerbangan berakhir di lautan tu sekalipun, diorang masih selamat, masih sempat memakai life jacket atau ada kat dalam bot tapi kita tak tau kat mana diorang dihanyutkan.. Lautan Hindi besar, mungkin SAR tak cover sepenuhnya lautan tu.. Mungkin diorang ada kat mana-mana.. mungkin...

Aku tengok rakaman yang di ambil dari kapal yang jalankan operasi mencari MH 370, ya Allah.. Ombak, gelombang lautan tu memang menakutkan, kapal besar pun goyang dipukul ombak dia.. Lautan tu pun sunyi, dalam.. Allahhuakbar...

Tapi, selagi tak jumpa penumpang dan anak kapal, selagi tak jumpa pesawat aku rasa aku tak boleh berhenti berharap.. berharapkan ada keajaiban..

Dan buat keluarga penumpang dan anak kapal.. terutama Haji Hamid sekeluarga, bekas bos kat cerun dulu, diharapkan semoga korang semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini..

Doa aku moga semua yang terlibat berada dibawah lindungan mu Ya Allah... Amin...

Owh, sama-sama kita tunggu butiran lanjut dalam sidang media pagi ni.. jap lagi...

Monday, March 24, 2014

Take away lunch Kenny Roger Roaster

Pagi-pagi dah kelaparan, so turun cafe sorang-sorang tengok ada pulut kuning... Memang saja nak pedajal diet aku.. sebab aku memang terpengaruh kalau pulut-pulut ni. Laga pulak dengan rendang ayam, pehhhh berapa pusingan padang aku kena lari untuk buang lemak ni ha?? Grrrr... nyesal lepas makan..

Tambah penyesalan bila masuk mengadap bos, bos cakap lunch ni macam biasa, ditaja. Aaaa... kenapa laa tak cakap awal, kalau tau memang aku balun oat je pagi tu sementara nak penuhkan perut time lunch dengan makanan tajaan haahahah..

So decide makan Kenny Roger Roaster.. Last year ada tapau gak, tapi kat ICT.. Tak berapa sedap situ, ayam pun kecik. So kali ni minta diorang beli kat Plaza Alam Sentral.. Dalam masa tak sampai setengah jam, diorang dah sampai, siap dengan makanan yang di tapau.. Peh, gila cepat...

So ni la menunyee.. Kenny's Quarter Chicken + 3 side dish + 1 muffin = RM18.50

 Bagus kan, diorang letak dalam tray siap, senang aku nak makan..
 Ayam dia.. nyummmmmmm...

Hhahaahah... makanan yang sama, tapi gedik nak tampal dari banyaksudut kononnye. Cettt!!!
Crisp garden salad, potato salad, fruit salad, black pepper chicken & mocha chips muffin.

Overall sedap laa.. Much better dari yang mula-mula kami tapau dulu.. Ayam pun besar, tu yang penting.. Tapi aku tak habis pun, sebab perut dah penuh dengan pulut kuning kan pagi tadi.

See punye kenyang sampai sekarang pun aku rasa sebu perut.. Sampai rasa malas nak masak untuk makan malam kang hahaaha...

Tapi, tak boleh, wajib masak, kalau tak master kenit aku kat rumah tu dari dalam kereta dah sibuk, mama... laparrrrrr!!!!! Haihsss...

Friday, March 21, 2014

Resepi kek kukus coklat mudah, lembut

Hari ni ada jamuan sambutan hari lahir besaran kat tadika Kimi, so parent diminta sediakan juadah untuk jamuan tu.
Untuk dibawak ke tadika Kimi

Macam biasa, aku rasa lagi seanng aku buat kek dari aku masak yang mengarut-mengarut lagi remeh haahahah.. So google resepi dan kebanyakan resepi aku tengok adalah lebih kurang sama. So aku pun tak ingat kat blog sapa yang aku ambil resepi ni, so sori sangat tak dapat nak bagi link.


Aku tempek sini jela erk resepinye.

KEK KUKUS COKLAT

 Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu segar (tapi aku takde susu segar so aku bancuh susu anak aku dengan air sejuk hahahahah)
1/2 cawan susu pekat manis

Masukkan semua bahan A tu dan masak atas api sederhana sampai gula tu cair. Sentiasa kacau supaya tak berketul. Sejukkan sebentar dan buat step B

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Ayakkan bahan B dan ketepikan sebentar.

Bahan C
3 biji telur ayam suhu bilik
1 sudu esen vanila

Pukul bahan C sehingga kembang.


Cara-cara

Campurkan bahan B dan C secara berselangseli ke dalam bahan A. Gaul sampai sebati. Kalau nak kek tu cantik gebuz, tapis adunan yang dah siap tu sekali supaya takde gumpalan tepung yang belum sebati.

Masuk dalam loyang dan kukus selama 1 jam. 

Tips:
1. Pastikan air kukusan tu dah menggelegak sebelum kukus kek tu.
2. Api tidak terlalu kuat semasa mengukus.
3. Jangan buka penutup kukusan sehingga kek itu masak.


Ni kek akibat terkena wap kukusan.. dah tak cantik, tapi takpe rasa dia sedap aahahaha...

Aku malas nak buat topping sebab badan dah penat sangat. Lagipun kimi bukan suka kalau ada topping ke chocolate rice atas kek tu, dia suka kosong... kalau letak dia suruh buang, buat penat je hahahah...

Pandangan sisi
Pandangan atas
So selamat mencuba uollllsss

Resipi Sandwich Nugget + sosej Berkeju Sedap lagi Simple

Tengok tajuk tak menahan kan meng up kan resepi ni hihihih... Tapi serius resepi sandwich ni memang simple  dan sedap. Yang penting tahap simple tu sampai kami boleh buat kat dalam bilik ofis aku ni je ha.. Sap sap soii je dah siap gitu.. haahaha...

Tayang gambo sandwich tu skit..

Pandangan dari sisi yang belum dibakar
Macam biasa, resepi aku mintak en google carikan dan dia kasik link resepi MAT GEBU Resepi asal korang boleh klik LINK NI sebab biasa la aku ni suka derhaka skit pada resepi. Dok tambah bahan lain lagi dan cara masak pun aku olah sebab masak kat ofis je, takde periuk belanga bagai.. Guna kreativiti bak kata orang atasan kiikiki..
Siap dibakar & sedia dimakan nyumm

So, aku share resepi derhaka aku ni ok

Resipi Sandwich Nugget + sosej Berkeju Sedap lagi Simple

Bahan-bahan

- Roti keping tak kisah gardenia ke high 5 pun
- Nugget - digoreng dan dihiris nipis
- Sosej - di grill atau goreng dan dihiris nipis
- Mayonis
- Thousand island
- Serbuk lada hitam, serbuk lada putih
- Bawang holland dihiris nipis
- Timun dihiris nipis
- Tomato dihiris nipis
- Salad
- Cheese


Bahan-bahan

Cara

1. Satukan hirisan nugget, soseh, serbuk lada hitam, lada putih, bawang holland, mayonis dan thousand island dalam satu mangkuk. Gaul rata. Semua bahan tu korang boleh agak-agak la, ikut cita rasa sendiri. Suka lebih, letak lebih... gitu... gaul sampai camni

Hasil gaulan

2. Ambil sekeping roti, letak bahan yang siap digaul dan ratakan atas roti.
3. Tambah hirisan timun, tomato dan taburkan cheese.
4. Tutup bahan dengan salad dan sekeping roti lagi atasnye.. Alaa cam biasa buat sandwich la hihihi..Aku punye terang cam ajar kat budak sekolah pulak yer kikikiki..

Intai-intai

Pandangan tepi
5. Sedia untuk dibakar.

Kitorang bakar dalam sandwich maker tu je.. so jadi la camni..
Panas panas
Nyumnyum...
So apa lagi kawan-kawan.. moh la cuba.. Ada balance salad dengan roti tu aku nak buat kat rumah pulak esok. Haaa kat rumah aku nak ikot resepi asala la, bakar atas non stick pan, taruk minyak zaitun.. bagus tuk kesihatan..

Diakhiri dengan gambar lelehan cheese ahahaha...


Ok, selamat mencuba resepi yang senang, sedap lagi gojes ini.. *wink*!



Thursday, March 13, 2014

Craez Cafe Kelana Jaya, Imelda Master Chef

Last week, lepak kat Craez Cafe, alaaa kedai Imelda Masterchef Musim Pertama tuu... yang baru ni masuk masterchef All Star tuuuu.. Ecehh cara terang cam menjoyah je kikkikikiki...

Dapat tau pasal kedai ni pun dari Ana, dia gi sana celebrate birthday mak dia. Pastu minah ni kemain cerita makanan kat kedai tu sodapppp, pastu portion dia banyak, harga pulak agak murah la. So aku yang dok jejes-jejes air liur dek gambo yang dia tunjuk beserta penerangan tu dok pasang plan nak gi sana dari 3 minggu lepas. Tapi ada je halangan time nak pegi tu.

So, layan gambar dulu okeh!!!

Antara yang terpengaruh dengan cite Ana kikikiki
Korang kalau datang sini jangan risau, sebab pekerja cafe ni sangat laaa ramahnye la hai.. Mintak je tolong diorang nak ambil gambo, sporting sangat. Diorang akan siap kasik korang props untuk bergambo. Baguihhh, memahami keterujaan kami dalam begedik begambo hahaah..

So ni menu-menu yang kami order. Setiap sorang order menu yang berbeza so senang nanti boleh kau rasa aku punye, aku rasa ko punye.. Tapi kami pergi ni time rehat hari Jumaat kan, chef lelaki takde gi semayang, so menu terhad sikit laa nak order.

Ni menu-menu.

Craez King Castle RM16.90, sedapp!!!!

Atas, Smoked Salmon Salad Rm10.90, ni air tangan Imelda sendiri... Bawah tu Beef Pepperoni Pizza, Rm17.50 banyak cheese, dap dapp

Chicken & Mushroom Pizza, aku suka yang ni.. Sedapppp!!!! Rm16.90

White Storm Lasagna Beef RM18.00 fuhhhh sedap wa cakap lu...
Bolognese RM13.90, pehhhh banyak wehhh

Semua makanan adalah dalam portion yang besar, so kalau korang nak order tu, pegi la ramai-ramai dan share sebab memang berbaloi dan puas hati...
Close up skit dengan lasagna dia yang dap dap nii :)
Ada lagi makanan lain yang aku sendiri tak tau mana gambo, sebab bukan guna hp aku untuk amik gambo hahaha.. ni harap ehsan dari kengkawan nyer gambo n ada gak yang aku cilok dari blog dak CT ni ha..

Antara menu lain tu, chicken chop RM12.90, ada 2 ketul ayam, breast part, ada coleslaw yang sedapp dengan kentang goreng tabur lada itam kot.. tapi sedap gak. Ayam dia tak oily pun, sedap laaa.. Lagi 1 Chocolate Paradise. Sape suka coklat memang aku syorkan laa air desert ni.. yummih sungguh.. Bentuk lebih kurang craez castle laa, tapi chocolate punye.. RM14.90. Kami share bertiga dengan Ana & CT.

Sambil makan sambil bergambo.. Oye, Imelda datang masa kitorang tengah tungguh makanan siap. Dan dia amatlaaa peramah, pegi meja ke meja tegur semua pelanggan. Ololoooo, bila owner sangat ramah, otomatik kami rasa seronok dan beronok-ronok makan kat situ kikikikiki... over tau explanation ko bungaaa..

With Imelda yang super peramah

Props yang depa kasik

Muka hepi gila jumpa retis pandai masak haahahah...
 Tu, dak CT tudung oren tu orang Sarawak, sama dengan Imelda. Sekali si Imelda ni tau CT orang Sarawak terus diorang speaking Sarawak, tak hengat dah kami kat keliling yang melongo dengar depa speaking ahahahha... Abang CT ni satu sekolah dengan Imelda, tu yang cam jejak kasih pulak tu..

So sebelum balik amik gambar sekali lagi..
Bergambo kenangan kat depan kedai Imelda ni haa...
Insyaallah, we will come again.. Oh, diorang ada kasik kad tau.. Kad ke kupon ek.. Setiap RM30 yang korang belanja, korang akan dapat cop, so nanti klu dah dapat 6 cop korang dapat air yang craez king castle tu free.. 12 cop dapat pizza free.. Untung khennnn...

Nak bawak cik abe celebrate besday sini laaa.. Sebab layanan best!!!

Owh, kalau ada yang nak poie, ni alamatnye..

Craez Cafe
Delezzeti Group Sdn. Bhd.
Unit TC-01-03A, BAngunan Tierra Crest
No. 3A, Jalan SS6/3, Kelana Jaya
47301 PJ, Selangor.

Owh lupa, ada service tax, tapi takde goverment tax kat sini. Bayar untuk service yang best, rasa berbaloi laa hihiihih... Selamat mencuba....

Monday, March 10, 2014

Sukan ofis aku yang haiiishhhh

Lamanya tak post sesuatu kat sini.. rindu, tapi malas.. hahaahah.. Sejak terjebak dengan cite korea ni, terlalu asyik dengan cerita je sampai lupakan blog kesayangan ni.

Sabtu baru-baru ni ada sukan ofis, buat kat UiTM. Ada 4 acara, bola tampar, bola jaring, futsal dan tarik tali. Aku sebab suka sangat dan rindu sangat nak main bola jaring, aku sukarela daftar nama untuk main bola jaring untuk pasukan rumah aku laa..

Latihan setiap Isnin dengan Selasa aku tak pernah miss, kecuali sekali hari Selasa sebab aku EL bawak anak gi HTAR. Latihan pun takde la bagus-bagus sangat, sebab selalu janji mula pukul 5.30, kadang aku tunggu sampai pukul 6, baru ada orang turun, sakitnya hati...

Malas cite banyak, cite pasal netball jelaa.. Team aku alhamdulillah, best, sporting and supporting each other. Ada sesetengah team eager gila nak menang sampai masam-masam muka, terjerit sana sini. Ada yang aku ter'body contact' aku mintak maaf dia buat tak tau, siap jeling. Jawatan je beso, tapi takde semangat kesukanan langsung. Mintak maaf 2 kali tak bersambut, mampus aku tak layan dah. Sebab sakit hati.. Sedang nabi pun maafkan umat, apa salahnya ko cakap, takpe dan senyum.

Body contact, takde pun sampai bola jatuh, or ko jatuh punn.. Aku yang jatuh dekat 5 kali ke lebih ni pun orang mintak maaf or tak mintak maaf still relaks, leh senyum lagi.. Apeee la main tanpa semangat kesukanan.. Ko nak menang macamkan hadiah nombor satu tu emas or wang tunai.. Tapaweee je kottt hadiah weh.. Aduiiii....

Malas nak bebel pasal sukan lagi... Aku rasa karnival sukan terbaik ofis, still ofis lama kitorang. Main sangat enjoy dan kekeluargaan.. aaaa rindunyeeee kat ofis lamaaaaaaa....

Tengok gambar jelaa...







Dapat 2 baju... Masa yang tudung itam tu untuk perbarisan... Tapi tak menang pun... menang meeting untuk practice je bak kata rumah pasukan lain, cettt!!

Baju dengan tudung ijo tu pulak khas tuk main netball. Best baju tu, selesa.. Bayar pun Rm10 je untuk makan, baju free so ok laa...

Aku happy pun time sukan ni sebab ada kawan-kawan yang sama mereng otak dengan aku.. Orang sebok gi tengok pengetua kami jadi juri untuk tarik tali, kami dok terbaring kat rumput tak sedar diri bergambo hahaahahah...

Next sukan ada lagi untuk outdoor dan tradisional. Ada harapan untuk aku tak join, sebab ko tengok jela ni ha hadiah aku dapat untuk tempat ke 3 netball...


Tak baloi weiii untuk penat lelah aku.. Sumpah kata... sebbaik sukan bagus untuk kesihatan badan je... Kalau tak mau meroyan aku tengok hadiah hadoiiii...

Apa? Oooo nak tau hadiah untuk tempat ke dua dan pertama? Hahahaahh.. aku gelak dulu laa.. no dua dapat laaa tupperware tapi bukan jenama tupperware tu dengan bekas air.. No 1 aku tak perasan ada bekas ape, tapi still bekas makan tu laa cuma lebih skit kuanttiti dari no 2 kikikiki....

Last dah weh join.. penat badan je, pastu sakit punggung sebab jatuh time main netball banyak kali, asik kena rempuh dengan orang, mementang aku kenit, cetttt.. Tangan dengan kaki sampai hari ni still tak leh angkat berat or jalan laju..

Bertabahlah untuk 2 hari lagi... pastu bos takde gi seminar 3 hari , yeayyy boley enjoiceeee!!!!!!!