Jom klik

kENgkaWAn

Friday, May 9, 2014

Indoor Sport: Ping Pong

Minggu depan ada indoor game untuk pingpong, badminton, karom dan dart kat ofis aku ni. Dulu masa kat cerun, semua game pun aku masuk sebab aku je wakil perempuan dalam unit aku.. Tapi kat ofis sini, kitorang kan dibahagikan kepada rumah pasukan so, ramai la bakat-bakat yang boleh kita tengok hebat dalam game yang masing-masing minat.

Masa daftar, kitorang diharuskan untuk pilih 1 game atau dimasukkan nama dalam senarai nama orang buat persembahan. Oh no, harus aaa persembahan benda yang paling harus dielak.. So aku letak nama aku kat pingpong.

2 minggu lepas aku ajak kawan yang aku kenal prektis main. Syukur, masih lagi boleh main pingpong.. Tak sia-sia aku berguru dengan pakar-pakar kat cerun dulu.. maceh sifu-sifuku. 2 kali aku turun main, takde perempuan pun yang turun.. so masa tu rasa cam ok la boleh la nak kasik cabaran kat pihak lawan kot.

Sekali tengahari tadi aku turun gi prektis. Ramai pulak dari admin yang turun prektis sama. Woooooo... not bad memasing. Ada skill walaupun tak pandai nak kira mata, tak tau sape kena bawak, camne nak tukar, berapa kali servis.. tapi skill diorang boleh tahan.

Main dengan diorang sejam lebih gak la.. eh lupa, thanks ct temankan... Mula-mula main dart dengan ct sebab masa kami sampai tu geng lelaki yang tengah main kan.. Lepas dah pukul 1 lebih skit tu baru diorang beransur pegi masjid.

Tapi serius, penat pulak rasa main hari ni.. Non stop main, lepas tu diorang dah lama tak main katanya so semangat nak smash, nak pukul bola tu tinggi betul.. macam semangat aku masa hari pertama prektis. Penat wehhhhh..

Pastu... aku rasa cam haahahah.. ada ke harapan nak menang ni weiiiiiii.. Yang turun prektis ni pun cakap tak sure masuk ke tak.. kalau tak de orang baru diorang masuk. Kalau camtu, ada yang lagi power ke weh? Kalau ada, habislaaaaaaa....

Tujuan aku masuk game ni? 2 je.. 1 sebab nak sijil, sebab kehadiran dianggap sehari berkursus, tak payah susah nak fikir mana nak cari kursus. Sebab kedua.. rindu nak pegang bat weiiiiii.. rindu pingponggg... rindu cerunnn rindu riuh rendah cerun sobbbbss!!!

Sekian merapu aku..

Wednesday, May 7, 2014

Syoknye mencicah sekut

Semalam, masak nasi putih dengan ayam masam manis...  masak simple je sebab hubby takde kat rumah kan, berkursus 3 hari. Suap la anak-anak.. Eqal habis 1 pinggan, Kimi pulak sesuap je.. Stop sebab tergigit bawang, terus tak mo makan dah.. haisshhhh...

Lepas aku siap mandi semua, dia request air kopi o, nak cicah dengan biskut katanya. Siap bawak balang biskut pegi depan tv dengan pesanan kat aku "cepat tau mama, Kimi lapar ni"

Heran, sebab mamat ni mana suka minum kopi o.. Kalau kopi susu tu dia minum la jugak... Tapi tetap aku buat seteko kecik.

Duduk la budak dua beradik ni mengadap air kopi o sambil cicah biskut hup seng.. 

Mata tu tak lepas dari mandang tv... Memang setiap hari diorang dah tender tv tu dari pukul 8 sampai 9 malam tengok cerita Oggy & the Cockroach tu ha..

Baru aku teringat, kelmarin malam, aku terlelap depan tv, sedar cam mamai-mamai gitu, nampak diorang dok keliling papa diorang, dok mencicah biskut dengan air kopi o.. Patut la request lagi malam tadi.. Papa mengajor rupanya... Biasa cicah air milo, sekarang dah tukar selera pulak yer nak..

Dah serupa atok-atok kat kampung dah, tengok tv sambil mencicah biskut.. Adesss

Tuesday, May 6, 2014

Throw back: Outing budak rumah 2004

Masa balik kampung 2 minggu lepas, masa tengah tunggu hubby dengan abang chik aku repair timing kereta, aku belek album-album lama kat rumah mak.

Kebetulan masa tu aku baru je buat group what's app dengan bebudak rumah lama.. Kawan-kawan yang dari mula kami merantau ke KL sampai la masing-masing dah selamat bernikoh ihhihihi...

So terus la snap guna hp aku je, hantar kat group tu... Rindu weh....

Gambar bawah ni masa bulan 12 tahun 2004... Baru 6 bulan kerja kat KL... Masa ni first time celebrate birthday reramai kat Marry Brown kat Zoo Negara... Kebetulan kami berempat, sama-sama lahir dalam bulan Disember..

Aku 9 Dec, Kashah 12 Dec, Qiela 26 Dec & Wani 28 Dec dan semuanya tahun 1984 hihihihi... Sweet 20th years time ni sebab tu memasing sweet bebeno.. muka suci je kikikiki...

Dari Kiri: Qiela, Aku, Zue (atas) Wani & Kashah,












































 


 Kitorang dulu masa memmula datang KL, duduk kt Dato' Keramat.. eh taman ke Kg Keramat ek eh ape ek nama tempat tu? Hahaahhah... lupe pulak aku...

Ni gambar kenangan pepagi buta nak gerak gi kerja... 
Dari kiri: Aku, Zue, Kashah (3 sahabat yang takbleh berpisah dari zaman poli hahaahah) Along Fauzana, Qiela & Kak Nurul
Sadis dulu masa duduk kat Keramat.. Nama je duduk pangsapuri, selesa memang selesa sangat, jiran baik, fasiliti pun ok. Yang tak ok, jauh dari LRT. Kitorang menapak ke LRT dekat 30 minit gak la jalan kaki turun naik bukit, lalu ikot jalan perumahan orang-orang kaya..

Macam-macam suka duka dalam perjalanan nak gi kerja, ada yang kena ambil kesempatan dengan mat dadah, ada yang kena kejar anjing, ada yang ngorat, ada yang memerhati.. Oiiii takut weiiii... Belum lagi cerita dari LRT Masjid Jamek ke JKR tu kami kena jalan kaki lagi 15-20 minit gak sebab tak berbaloi nak naik bas or teksi ke JKR. Kena kejar dengan orang gila, dengan anjing, sambil takut-takut pegang beg takutkan peragut..

Pengalaman yang sangat mendewasakan... Tapi sebab jalan kaki jauh camtu la berat aku dari 50+ jadik 40+ kikikikki... tang turun berat badan tu aku memang suke... ngeeee....

Lepas fikir masa-masak, kitorang ambil keputusan pindah Taman Melati.. Alhamdulillah, LRT doket ajo dengan ghumah eh.. Cumo bayo tambang lobih laie laaa... Tapi takpo, sobab 1st terminal so boleh duduk, tak ponek bodiri.. Eh apsal aku cakap ke arah nogori ni hahahah...

Owh, masa kat Taman Melati, Maz ni join kitorang, masa tu dia takde rumah nak duduk, so sementara dapat rumah lain, dia tumpang dulu... Dan Zue pun tak lama kat sini, dia mintak tukar, sebab dah kawin dengan Pok Die kan...

So ni gambar 1st outing kami beramai-ramai.. Minah kampung terjah Zoo kekdahnye hihiihi...

Dari Kiri: Zue, Aku, Kashah, Wani, Maz, Qiela & Kok Nurul
 Sukanya masa ni, kurusssssssss semuanya hihihihihi....

Dari Kiri: Kok Nurul, Kash, Qiela, Zue, Aku, Maz & One-ney (ejaan nama glemer dia masa tu kikik)
 Sekarang dah 10 tahun berlalu weh...

Kak Nurul dah 2 anak.. Kashah pun 2, sepasang pulak tu, Qiela sorang, Zue dah 3, Maz errrr... berapa ek anak ko maz? Hihihi.. & Wani.. masih honeymoon hihihhihi.. Aku doakan ko cecepat dapat cahayamata yer One-ney..

Aku sayang korang sampai bila-bila... Moga kita kekal sebagai sahabat selamanya... persahabatan yang dah macam adik beradik, susah senang semua kita rasa, kita sama-sama tempuh weh... Sayang korang ketat-ketat...

Jom reunion!!! Hihihi...

Monday, May 5, 2014

Bila baik, macam belangkas

Sape? Ni la dua beradik ni la....

Siap boleh share 1 kerusi....

 Bersempit pun takpe...

See...


Ni balik dari kampung.. Sori... goyang, kete terlanggar batu bangkali hiks!
 
 Abang lentok kat adik, adik lentok kat abang yer...

Tu kalau time baik.. Kalau time gaduh, kaki mu atas kepalaku, penumbuk mu di mukaku.. Pastu mama pun tertempik serupa tarzan aaaaaaaaaaaa.....

Gini laaa kalau anak hero belaka... kena usaha dapatkan heroin lepas ni... Jangan nanti heroin pun lagaknya cam hero gak udoh... pitam mama dengan papa nak handle hiks!!

Friday, May 2, 2014

Throw back Eqal : Operate; Kencing manis; big baby

Fuh fuh... berabuk dah blog ni.. Lama tak update.. Bizi wehh bizii... Bos kebizian yang amat sekarang sampai aku pun turut rasa kesannye kuikui...

Nak sembang pasal ape ek.. ermnnn ermmmnn... Cite pasal anak la, lama tak cite pasal depa

Eqal sekarang dah membesar dengan jayanya.. Alhamdulillah.. Walaupun dulu masa dari dalam kandungan macam-macam dugaan yang terpaksa aku tempoh walau tak sehebat ibu lain, tapi bagi aku dah tough dah tu uhuhuh...

Dari dalam kandungan nak masuk 8 bulan, aku kena kencing kotor, selang seminggu, aku kena kencing manis, selang seminggu pulak, disahkan baby aku beso.. Tu eqal tu la...

So sebab kencing manis aku kena bersalin gak pada tarikh due tu kan.. Dan aku patutnye boleh je bersalin normal, tapi tak tau nape diorang tak scan dulu masa hari pertama aku masuk tu, tengok baby beso mana, masa aku dah dok dah dewan bersalin, dah di induce 2 ubat, bukaan pun dah 10 kata nurse, tiba-tiba aku yang mamai depa kejutkan untuk aku sign borang operate.

Sebbaik masa diorang suruh sign & terangkan tu aku tengah mamai lagi kesan ubat, so perasaan takut nak kena operate aku tak rasa.. Yang aku ingat dia cakap, ibu, kena bersalin sebab baby besar sangat...

Kena cucuk tulang belakang tu, peh tusukan tu terasa-rasa sampai sekarang.. Dan natijah cucukan tu, sampai sekarang aku rasa sakit belakang klu buat sesuatu lama sangat..

Eqal kuar 4.05kg, pehhhh dasat mu yer nak, padan laa mama kencing manis, yang manis semua kamu telan yer nak kikiki.. Lahir hari Ahad tapi sebab masa nak bersalin tu aku demam, dia kena masuk wad baby... sel darah putih terlebih katanya.. Hari Isnin tu diorang amik Eqal masuk wad, selasa aku dah boleh kuar dari wad bersalin, tapi transfer ke wad kanak-kanak sebab nak tengok perkembangan.

Duduk situ 1 malam cukup aku rasa penyiksaan... Katil tinggi, aku rendah, aku operate, tak boleh banyak bergerak, puting susu berdarah sebab Eqal kuat menyusu, dua-dua pulak tu, tapi tahan je demi anak kan.. Mintak katil rendah nurse cakap, takde!!! Sobs!!!!! Nangis aku weiiiiiii...

Sebbaik la esoknye aku boleh kuar dah.. lega tak payah cakap laa..  Tapi Jumaat, nurse desa datang, cek Eqal cakap Eqal kuning pulak. Arrgghhhhh!!! Stress tau dak.. Sebab lepas tu tiap-tiap hari aku bertiga jadi tetamu klinik, cek kuning Eqal.. Anak menangis kena amik darah, mak dia ni pun sama naik nangis uhuhuhu...

Syukur lepas seminggu, dengan tips dari doktor, bacaan kuning Eqal turun mendadak.. Dan di tahap selamat untuk kami travel balik kampung.. Gi lawatan kat klinik kat kampung, nurse cakap dah takde kuning dah.. Alhamdulillah..

Tapi, masalah baru yang wujud pulak... Ukur lilit kepala dia pulak besar dari kanak-kanak normal..

Penat la taip... nanti petang la sambung hihihihi...

Aku letak gambar Eqal ubat rindu sape yang rindu nge....