Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, March 5, 2015

Post mortem

Hai korang... woiii tolong-tolong bersawang gila kot blog aku ni.. Cian dia terabai.... sejak dapat bos baru, tuan punya blog ini sangat la sibuk sampai takde masa untuk diri sendiri, sobs...

Ok, ada kan yang nak tau perkembangan aku lepas cuba royal slim tu kan.. hahahaah.. tak sesuai dengan i uolsss... Lepas 3 ke 4 sachet badan aku naik biji-biji macam alergik, tak sure la sebab tak sesuai ke sebab royal yang aku beli tak ori ke camne yang pasti aku tak teruskan makan dah.

Tapi kan... lepas dah stop tu, badan i cepat bebenau naik.. serius tak tipu.. sape yang tengok gambar i muka still runcing tu korang tak tau berapa kali aku adjust nak suruh nampak runcing hahaahahahah... jadi percaya la sebab berat aku sebelum aku cuba royal tu dan selepas cuba kejap pastu stop naik lagi 4kg.. total aku naik sejak keje kat Shah Alam ni adalah 7kg... memang nangis la tengok badan sendiri.

Sekarang aku dah tak mau dah makan produk pelangsing ke kurus ke aku kawal je la makan sendiri.. tapi baru nak start pun. Cik abang cakap semalam aku tak gemok sangat pun... tak payah nak amik ubat pelangsing ke kurus badan ke, kawal je dulu.. baeklaaahhhh hahhahha..

Ok, sekian review aku..

Oh, projek kawal makan aku hari ni di mulakan dengan minum air teh hijau 1 liter dan makan tengahari sayur dan tomyam sahaja. Malam ni nak makan ayam grill je. Tengah semangat ni tapi tak tau la sampai bila ni haahahahah...

1 comment:

eima said...

Hmmm takpe la tembam2 pun comey la bunga